Quantcast
Channel: » My Fancy Pregnancy
Viewing all articles
Browse latest Browse all 11

Early sign?

0
0

Malam 27 Ramadhan.

Saya tak boleh tidur sepanjang malam. Cuba tidur sejak jam 10 dengan harapan nak simpan energy untuk esok. Fikiran dah set untuk hadapi setiap hari sebagai hari berpotensi untuk bersalin. I need ENERGY.

Jam 2 pagi tadi, saya terus bangun. Sakit-sakit yang tak difahami. Suami tanya kalau-kalau saya sedang contract. Jawapannya, entah.

Dah tiga kali hadap situasi ini dalam tempoh 4 tahun. Tapi tetap tidak kukenal erti contraction sebenar bermula bagaimana. KAHKAHKAH. Ya Allah, tak kelakarnya! Sukar untuk menjatuhkan tuduhan ke atas setiap kesakitan atau rasa unpleasant itu sebagai contraction. Sebab dah hujung pregnancy begini, memang tubuh badan, jiwa dan raga ini sakit semuanya.

Hujung? Hujung mana?

Oh, dear blog! Saya telah sampai ke minggu 39 kehamilan. Tidak berupaya untuk blog perjalanan kehamilan kali ini kerana … (isi slogan)

EDD saya pada 12 Ogos, kata Sains. Takdir penentu segalanya. Allah lebih tahu bilakah malam Lailatulqadar (eh tetiba) dan sebegitu jua Allah Maha Tahu bilakah saya akan ditakdirkan melahirkan bayi ke-3 kami ini. Ya Allah, bantu kami dan mudahkan kami.

Gerak hati saya berkata, mungkin esok pagi atau lusa. Tapi gerak hati kadang-kadang tak bergerak membawa kemana-mana. Wallahualam.

Jam 3.32 am. Saya menulis ini. Sementara menunggu ‘contraction’ yang tidak pasti itu. Kali terakhir sakit adalah pada jam 3.16 am tadi. TAPI tak dikenalpasti itu contraction atau gurau senda bayi. Kalau boleh (ku bilang KALAU) saya belum ada mood nak masuk labour room lagi. Kerana saya nak beraya (MAKAN) atau sekurang-kurangnya selepas sesi TALK bersama Dr.Svigos esok petang (jam 4.30 pm) Hari ini suami saya masih on call. Kalau esok, beliau cuti. HE HE HE. Memilih-milih, ewah! Macam beli semperit boleh pilih-pilih.

Anyway.

Emak kesayangan bersama adik bongsu kesayangan sudah sampai Adelaide pada pagi 3 Ogos lalu. Alhamdulillah. Girang hatiku tak terkata. Dengan adanya Ma di sini, saya ready dah nak pergi bersalin.

Talk to you later, blog. I miss you so much, blog. XOXO.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 11

Latest Images

Trending Articles





Latest Images